Ryans memories

Mma

Minggu, 19 Desember 2010

Hari Asyura (10 Muharam) – Peristiwa penting dan amalan sunatnya

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
* Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
* Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
* Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
* Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
* Allah menjadikan Siti Hawa.
* Allah menjadikan Syurga.
* Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
* Taubat Nabi Adam diterima Allah.
* Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja
Zamrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
* Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
* Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
* Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
* Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
* Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
* Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
* Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
* Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
* Menziarahi orang sakit – Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
* Bersedekah – Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
* Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali–Doanya dimakbulkan Allah.
* Sunat bercelak mata – InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
* Sunat menginai dan mengerat kuku.
* Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
* Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar – Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
* Memperkukuhkan silaturrahim – Insya Allah dipanjangkan usianya.
* Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
ryansjinju
LOLOS DARI APARAT

Lupa adalah karunia dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Lupa adalah mekanisme otak agar bisa tetap fokus di satu hal dan agar otak kita tidak kelebihan beban yang bisa berakibat stress. Bahkan dalam hukum Tuhan pun, lupa tidak ada dasar hukumnya sehingga tidak berdosa orang yang lupa mengerjakan ibadah apapun termasuk sholat.
Namun hukum di dunia berkata lain. Lupa tetap dianggap sebagai kesalahan dan harus menanggung konsekuensinya. Misalnya, bila Anda kebetulan lupa tidak membawa surat-surat kendaraan, maka Anda tetap dinyatakan bersalah oleh aparat penegak hukum.
Tuhan Maha Adil Bijaksana dan Maha Pelindung. Hukum-Nya melindungi manusia dari jeratan hukum dunia (yang sebenarnya dibikin oleh manusia sendiri). Nah, apabila kebetulan suatu ketika Anda lupa membawa surat-surat kendaraan padahal sedang ada pemeriksaan aparat penegak hukum maka lakukan amalan di bawah ini:
Hapalkan dan baca doa ini dengan hati khusyuk kepada Tuhan saat Anda melihat ada operasi pemeriksaan kelengkapan surat-surat kendaraan:
Ta’azzaztu birabbil izzati wal jabaruut, watawakaltu alal hayyilladzii la yamuutu syahatil wujuuhu (3 x), wa’amatil abshaaru (3 X) tawakaltu alal wajhil qahhaari walaa hawla walaa quwwata illa billaahil aliyil adziim.
“Aku menjadi kuat dengan pertolongan Tuhan yang memiliki kekuatan dan kekuasaan dan aku berserah diri kepada Tuhan Yang Maha Hidup, Yang tidak pernah mati. Merunduklah wajah-wajah dan butalah pengelihatan-pengelihatan. Aku berserah diri kepada Dzat Yang Maha Memaksa dan tidak ada daya serta upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Luhur lagi Maha Agung.”
Lalu tiupkan ke arah dimana Bapak Aparat berada. Insya allah Anda akan lolos dari cegatan atau pemeriksaan. Doa ini terbukti benar-benar efektif. Kendaraan kita akan lolos dari operasi penegak hukum.
Semoga Tuhan Yang Maha Pelindung akan selalu melindungi kita semua dari urusan hukum yang menyita banyak energi. Buat Bapak-bapak pembaca yang kebetulan berprofesi sebagai aparat penegak hukum, karena saya sudah membuka rahasia ilmu kebatinan dan olah rasa Islam jadi ya ngapunten alias mohon maaf sebanyak-banyaknya…
thanks

Tidak ada komentar: